Covid19DuniaSemasa

Jemaah haji perlu divaksinasi bagi menunaikan ibadah haji

4 jenis vaksin yang dibenarkan Arab Saudi

KUALA LUMPUR : Jemaah haji bakal menerima empat jenis vaksin yang dinyatakan oleh kementerian Arab Saudi iaitu vaksin Pfizer, AstraZenca Johnson & Johnson atau Moderna sahaja yang dibenarkan bagi menunaikan ibadah haji.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi memutuskan prasyarat itu diwajibkan kepada para jemaah haji yang berhasrat menunaikan ibadah tersebut pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkiflili Mohamad Al-Bakri sehubungan itu berkata, bermula Mac lalu Tabung Haji telah menyarankan bakal jemaah haji Malaysia untuk mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahteraa atau laman sesawang http://www.vaksincovid.gov.my

Beliau menyatakan kerajaan Malaysia perlu akur dengan cadangan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi berkaitan kebenaran mengejarkan ibadah haji serta kuota jemaah haji negara.

“Persiapan awal jemaah haji telah diperkukuhkan dengan mengambil kira amalan norma baharu si stesen berlepas semasa bakal haji melapor diri. Manakala di Tanah Suci, persiapan telah dilakukan di Makkah dan Madinah dari segi penginapan,pengangkutan ,penerbangan,sajian makan dan sebagainya”, menurut beliau lagi.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

Related Articles

Back to top button