Covid19Semasa

Istana Negara Umum 9 Petugas Positif COVID-19 : Raja Permaisuri Agong Mohon Doa Rakyat Jelata

YDP Agong dan Raja Permaisuri dikuarantin 14 hari

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan mereka susulan sebilangan kakitangan Istana Negara sah dijangkiti virus coronavirus (COVID-19). Baginda dan Yang di-Pertuan Agong kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula Rabu.

Baginda melalui akaun instagramnya yang bernama airtangan_tunkuazizah memaklumkan bahawa pihak istana telah mengambil langkah saringan bagi mengenalpasti kotak rapat dengan kesemua petugas yang telah dijangkiti virus berkenaan.

“Semua kakitangan akan dibawa ke hotel untuk menjalani kuarantin secepat yang boleh. Prosedur yang akan mereka lalui adalah:

1. Mereka perlu menukar pakaian yang dipakai dengan pakaian yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan.

2. Setiap daripada mereka perlu melalui proses disinfeksi sebelum menaiki bas dan semua barangan peribadi mereka akan melalui proses disinfeksi.

3. Kami akan membahagikan mereka kepada tiga kumpulan dan kumpulan ini akan menentukan bas mana yang akan mereka naiki,” tulis baginda.

Di atas kebimbangannya dengan penularan wabak COVID-19 yang sangat cepat, baginda meminta agar rakyat mendoakan keselamatan mereka.

Ampun Tuanku …… setakat ini sudah 9 org positive , di istana hanya tinggal saya sekeluarga bersama 3 pembantu ….. tiada siapa di benarkan keluar bilik , no visitors (tiada pelawat)…. ya Allah selamat kan Malaysia ….. i was in close contact with all 9 of them , pls pray for us ! (saya adalah kontak rapat dengan mereka, tolong doakan kami!) Kepada Allah berserah.

– Raja Permaisuri Agong

Dalam pada itu, menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, beliau berkata, kesemua petugas Istana Negara yang dikesan positif COVID-19 itu kini berada di Hospital Kuala Lumpur sejak Selasa lalu dan dalam keadaan stabil.

“Semua kontak rapat dan kakitangan berkenaan diarahkan menjalani proses saringan jangkitan COVID-19 untuk memastikan penularan virus ini dapat dikawal dan dicegah di Istana Negara selain diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari mulai semalam,” tambahnya lagi.

Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan negatif virus itu.

Susulan kejadian itu, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan untuk menangguhkan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan pada 25 Mac (Rabu) dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik COVID-19 pulih.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan berkenaan.

Ilham Azmi

I believe words are more powerful than guns.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button