InspirasiSemasa

Imam Turki giat bantu saudara baru peluk Islam di Belanda

Bunyamin Yildiz, 34, seorang imam Turki berasal dari Belanda meluahkan perasaan gembiranya tatkala mendengar ucapan Syahadah daripada setiap  saudara baharu yang memeluk agama suci ini.

Beliau amat berbangga kerana telah berjaya membantu lebih 150 orang memeluk agama Islam sepanjang perkhidmatannya bekerja di masjid yang dikendalikan oleh Yayasan Diyanet Belanda.

Setiap ungkapan dan seruan Rasulullah SAW dipegang utuh sekaligus membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk memimpin dan membimbing lebih ramai orang memasuki agama Islam.

Sepanjang sembilan tahun berkhidmat sebagai imam Masjid Ulu di Bergen op Zoom, rata-rata yang memeluk agama Islam terdiri daripada penduduk Belanda, Poland, Rusia dan China.

Berdasarkan temu bual Yildiz bersama Anadolu Agency (AA), membimbing dan memimpin umat manusia untuk memilih Islam sebagai pegangan merupakan inspirasi daripada ‘sahabe’ atau  sahabat-sahabt Nabi Muhammad SAW yang berjaya menyebarkan syiar Islam ke seluruh pelosok negara.

“Saya membawa niat yang sama dan akhirnya mendapat hasil. Saya rasa berbesar hati dapat membantu orang lain.

“Rujukan saya adalah hadis Nabi Muhammad  SAW yang menggesa umat manusia untuk beriman kepada Allah SWT.” katanya.

Sementara  itu, Sydney Zandwijken, pemuda yang berusia 21  tahun, merupakan antara mualaf yang dibimbing Yildiz.

Kedua-dua mereka ditakdirkan bertemu di sebuah Masjid Mevlana, Rotterdam.

Zandwijken menceritakan kisah penghijrahannya bermula ketika  beliau mula bergaul dengan rakan-rakannya yang beragama  Islam, lantas Yildiz membimbing beliau sehingga kalimah syahadah terungkap dari bibirnya.

“Saya sedang mencari keamanan dan Islam membawanya kepada saya,” kata Zandwijken.

Related Articles

Back to top button