Semasa

Permintaan terakhir kakak untuk Amir …

Pengecaman mayat selesai

MELAKA : Jenazah adik Zubaidi Amir Qusyairi, 7 tahun, yang dipercayai mati akibat didera masih berada di bilik mayat hospital Melaka.

Ketika ini keluarga angkat dan keluarga kandung telah pun melakukan pengecaman jenazah setelah semua ahli keluarga berada di hospital Melaka sejak jam 9 pagi tadi.

UMMAHTODAY difahamkan menerusi sumber, setakat ini, berkemungkinan pengkebumian jenazah dilakukan pada esok hari berikutan proses bedah siasat dijangka selesai malam ini.

Sehubungan itu ahli keluarga mangsa terutama kakak angkatnya, berkongsi dan berharap rakyat Malaysia mendoakan agar urusan menyempurnakan jenazah adik angkatnya dipermudahkan.

Perkara itu dikongsi @tuhfahnazira di laman sosial instagram miliknya.

Keluarga angkat ini walau berat hari reda jika keputusan untuk membawa balik jenazah tidak berpihak kepada mereka.

Memetik harianmetro, bapa angkat, Md Tarmidi Yaaccob,52, berkata, bagaimanapun selagi keputusan mengenai jenazah belum diperoleh, mereka sekeluarga tidak putus berdoa dan masih terus berharap dapat mengebumikan jenazah ‘Adik’ di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, Rawang Selangor.

Menurutnya, dia dan keluarga juga telah berjumpa dengan nenek dan bapa saudara kanak-kanak itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, semalam dan isterinya merayu untuk membenarkan membawa pulang jenazah Adik.

Sementara itu, jiran kanak-kanak yang meninggal dunia disyaki didera itu, mendakwa budak lelaki itu sering kelihatan bersendirian dan kerap termenung.

Jiran yang berusia 47 tahun itu berkata, anaknya juga pernah mengambil gambar arwah termenung di sebalik jeriji besi di hadapan rumahnya.

Menurut anak jiran, wajah Amir dijeriji rumah yang diambil beberapa hari sebelum dia ditemui mati dikongsi dirinya pada Facebook beliau setelah kes ini diketahui umum sejak Jumaat lalu.

“Apabila saya melambai ke arahnya dan ajak bersembang, dia tidak membalas dan segera masuk ke dalam rumah.”

Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka,  dengan kesan cedera dan lebam di anggota badan, petang hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dipercayai didera ibu dan bapa tirinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kira-kira 4 petang, Bilik Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya lemas di dalam tong air di rumahnya.

Bagaimanapun, katanya, siasatan di tempat kejadian, polis mendapati ada kesan lebam serta kecederaan di anggota badan kanak-kanak itu, menyebabkan ibu dan bapa tiri mangsa ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Amir, dipelihara oleh keluarga angkat sejak beusia dua bulan dan kali terakhir mereka bersama ialah pada November lalu.

Saat perpisahan Amir dan keluarga angkatnya yang dirakam mendapat simpati netizen.

Kasih ibu angkat bak ibu kandung, namun terpaksa dilepaskan kepada ibu yang lebih berhak.

Namun selepas dilaporkan akan kisah penemuan mayat kanak-kanak dalam tong air, kisahnya menerima simpati masyarakat Malaysia, dan tidak kurang melepaskan amarah pada ibu kandung Amir.

Secebis kisah masyarakat, namun diharap ada hukuman setimpal sekiranya ada pihak bertanggungjawab.

Al Fatihah.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button