DuniaSemasa

Syarikat app Muslim Pro disaman

Pengguna Perancis failkan kerana jual data ke A.S

PARIS: Pengguna aplikasi solat, Muslim Pro di Perancis memfailkan saman terhadap syarikat aplikasi terbabit hari ini kerana dituduh menjual data pengguna kepada tentera Amerika Syarikat (AS).

Tuntutan saman yang didedahkan oleh radio RTL itu menuduh syarikat terbabit melakukan kesalahan perlindungan data, mencabuli kepercayaan, membahayakan nyawa dan tindakan membabitkan konspirasi pembunuhan.

Minggu lalu, kumpulan media Vice melaporkan mengenai bagaimana tentera AS membeli data geolokasi pengguna daripada beberapa aplikasi di seluruh dunia.

Aplikasi itu termasuk Muslim Pro, yang memudahkan pengguna untuk mengetahui masa solat dan arah kiblat, yang mempunyai 95 juta pengguna di seluruh dunia.

Pasukan khas tentera AS pula dilaporkan menggunakan kesemua data yang diperoleh itu dalam beberapa misi di luar negara.

Sehari selepas Vice mengeluarkan laporan terbabit, Muslim Pro memaklumkan pihaknya sudah menamatkan semua perkongsian data dengan sejumlah syarikat lain. – AGENSI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button