PalestinSemasa

Houthi Yaman berikrar hentikan kapal berkaitan israel di Lautan Hindi

Pemimpin kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman berkata bahawa kumpulannya akan menghalang kapal-kapal yang berkaitan dengan Israel daripada melalui Lautan Hindi menuju ke Tanjung Harapan.

“Perang utama kami adalah untuk menghalang kapal yang dikaitkan dengan Israel daripada melalui bukan sahaja Laut Arab, Laut Merah dan Teluk Aden, tetapi juga Lautan Hindi menuju ke Tanjung Harapan. Ini adalah langkah besar dan kami telah mula melaksanakan operasi yang berkaitan dengannya,” kata Abdulmalik al Houthi.

Beliau berkata kumpulannya setakat ini mensasarkan 73 kapal dan kapal perang sejak permulaan operasinya di Laut Merah dan Teluk Aden. Tambahnya, 34 anggota kumpulan itu setakat ini terbunuh dalam operasi yang dilancarkan sebagai solidariti dengan rakyat Palestin.

Serangan Houthi selama berbulan-bulan di Laut Merah telah mengganggu perkapalan global, memaksa firma untuk merangka laluan perjalanan yang lebih panjang dan lebih mahal di sekitar Afrika Selatan, dan mencetuskan kebimbangan bahawa perang Israel di Gaza boleh merebak lalu menjejaskan kestabilan Timur Tengah.

Sementara itu, pentadbiran Biden menolak sekeras-kerasnya laporan bahawa Houthi mempunyai peluru berpandu hipersonik selepas kumpulan itu mendakwa ia mempunyai “kejutan” untuk AS dan sekutunya.

Agensi berita Rusia RIA Novosti menerbitkan laporan pada hari Khamis yang mendakwa Houthi mempunyai senjata sedemikian dalam simpanan mereka.

“Lihat, mengenai perkara hipersonik, laporan itu tidak tepat. Sama sekali tidak ada petunjuk bahawa Houthi mempunyai akses kepada senjata hipersonik,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby kepada pemberita.

SUMBER : TRT World

Related Articles

Back to top button