Covid19KemanusiaanSemasa

Esok PKPD, semalam MAPIM dah hantar bantuan

PKPD Meru Ipoh esok hingga 3 Disember

IPOH : Esok, bermulalah kawasan Taman Meru 2C Ipoh, Perak menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Zon B dan C.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia, ke depan sejurus mendapat panggilan dari Ipoh berhubung peningkatan kes Covid-19 di kawasan ini.

Tindakan proaktif dan peka kepada masyarakat yang bila-bila sahaja boleh dikawal di bawah PKPD diambil tahu.

Lantas gerak kerja ke Ipoh, Perak dilakukan.

Semalam, MAPIM Malaysia, menyantuni penduduk Taman Meru 2C, dan mengagihkan sejumlah 100 pek makanan kepada penduduk sebagai persiapan mereka menghadapi PKPD selama dua minggu.

Menurut Pengarah Domestik MAPIM Malaysia, Haji Muhammad Faris Hussain, berkata Jelajah Bantu Ummah kali ini ke Perak selepas menerima panggilan dari Perak.

“Sebaik diberi maklumat MAPIM katanya terus membungkus 10 jenis barangan kering ke dalam kotak makanan untuk diagihkan kepada keluarga yang terkesan dan bergegas dari Wisma MAPIM ke Ipoh Perak.”

Pek makanan ini mengandungi barangan makanan asas sumbangan orang ramai dan korporat seperti BERNAS, Nestle dan Mydin.

Gerak kerja ini adalah kesinambungan Jelajah Peduli Ummah yang telah digerakkan MAPIM sejak Mac lalu, dan dicetuskan oleh Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati.

Walaupun PKPD hanya bermula esok, MAPIM merupakan NGO pertama yang hadir awal ke Zon Merah ini bagi pengagihan sumbangan.

Kemungkinan PKPD diadakan berikutan penduduk berkata ramai yang telah menjalani ujian swab ekoran sehari ke sehari kes positif Covid-19 di kawasan ini meningkat dengan ketara.

Bagi memastikan keselamatan para aktivis, semua petugas diwajibkan mematuhi SOP.

MyPrihatin berbesar hati menyumbang pelitup muka, pakaian PPE dan pelindung muka kepada aktivis MAPIM.

Jalinan pengagihan juga dijalankan bersama pejabat Parlimen Tambun dan Pejabat Dewan Undangan Negeri Manjoi yang turut menyediakan makanan basah seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran.

Koordinator bantuan bagi pengagihan kali ini ialah Timbalan Presiden MAPIM Malaysia Ustaz Zulkifly Ibrahim, Mohd Najib Mat Lazim, Mat Zai Puteh dan Ibrahim Jaafar.

Kawasan Taman Meru 2C Ipoh dibahagikan kepada  Zon Merah dengan Zon B dan Zon C.

Zon B merangkumi Persiaran 3,5 14,16,18,20,22, 24 dan 26 manakala Zon C bagi Persiaran 28 dan 30.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pelaksanaan PKPD di Zon B dan C, Taman Meru 2C, Ipoh serta di Kampung Tegudon dan Kampung Nahaba, Kota Belud, Sabah selama 14 hari.

Dua lokaliti Taman Meru 2C itu membabitkan 2,288 penduduk dan 572 rumah manakala dua kampung di Kota Belud itu seramai 1,740 penduduk.

PKPD itu perlu dilakukan di kawasan berkenaan berikutan sehingga semalam seramai kira-kira 40 hingga 59 orang penghuninya positif Covid-19.

Kebanyakan yang terkesan di kawasan ini adalah dalam golongan B40, manakala asnaf 45 orang dan bakinya,  bekerja sendiri dan berpencen.

Baki pek makanan itu pula diserahkan kepada Pengerusi Surau dan Pengerusi KRT Taman Meru 2C sebagai penyelaras semua bantuan kepada penduduk yang terbabit.

Sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD, NGO lain akan turut serta Global Peace Movement, GPM, Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM, IKRAM, KOPERASI MASJID AL MUTTAQIN, MERU IPOH, dan KRT MERU HEIGHT.

*2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:

WWW.BANTUUMMAH.COM

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button