DuniaSemasa

Kadar kelahiran jatuh ke paras terendah dalam 10 tahun

Susut 2.8% daripada 501,945 pada 2018

KUALA LUMPUR – Kadar kelahiran di Malaysia jatuh ke paras terendah dalam tempoh sedekad kepada 487,957 pada 2019.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin, angka tersebut susut 2.8 peratus berbanding 501,945 pada 2018.

“Selain itu, daripada jumlah kelahiran hidup pada 2019, 7,862 bayi yang dilahirkan adalah kembar dua dan 144 bayi adalah kembar tiga,” katanya dalam satu kenyataan berhubung laporan Perangkaan Penting Malaysia 2020 hari ini.

Menurut Uzir, statistik tersebut merupakan input utama untuk penggubalan dasar dan perancangan program bagi bidang kesihatan, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain.

Selari dengan penurunan kadar kelahiran, purata umur ibu pada kelahiran hidup pertama juga meningkat 0.1 tahun daripada 27.8 tahun (2018) kepada 27.9 tahun pada 2019.

Secara amnya, peningkatan purata umur ibu pada kelahiran pertama memberi indikasi terhadap tempoh reproduktif wanita yang semakin singkat.

Kadar kesuburan ini berada di bawah paras penggantian 2.1 anak, iaitu purata bilangan bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang tempoh kesuburannya adalah tidak mencukupi untuk menggantikan dirinya dan juga pasangannya.

Trend penurunan ini adalah selari dengan negara maju yang lain  seperti  Australia  (1.7  anak),  United  Kingdom (1.7 anak), USA (1.7 anak), Singapore (1.1 anak) dan Korea Selatan (1.0 anak).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button