DuniaSemasa

Aktivis MAPIM Malaysia tiba di Kahramanmaras

Setelah mengharungi 30 jam perjalanan mencabar

KAHRAMANMARAS: Kumpulan aktivis pertama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) tiba di Kahmaranmaras antara kawasan yang terjejas teruk akibat gempa, setelah lebih 30 jam perjalanan dari Istanbul melalui Ankara bagi menghulurkan bantuan.

Perjalanan agak mencabar kerana di beberapa kawasan, jalan raya diliputi salji akibat musim sejuk yang melanda negara itu.

Menurut Ketua Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria MAPIM Malaysia, (Dr.) Ahmad Sani Araby Al-Kahery, “Pertama kali kami sampai di sini, kami berasa seolah-olah berada di kawasan perang di mana kebanyakkan bangunan ranap menyembah bumi dan masih ramai lagi mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan.”

Tambahnya lagi, “Ini adalah satu situasi yang sangat sukar di sepuluh bandar yang mempunyai penduduk yang padat. Lebih 13 juta orang yang terkesan dengan gempa ini kini terpaksa mencari tempat perlindungan selamat yang berdekatan.”

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat di luar sana untuk terus menyalurkan sumbangan kepada saudara kita yang terjejas ini agar sumbangan anda dalam membina semula penempatan bagi sahabat-sahabat kita ini dengan menyampaikan selimut musim sejuk, bahan bakar, generator dan sebagainya,

“Usaha untuk mengeluarkan mangsa-mangsa dalam keadaan yang seperti ini bukanlah satu perkara yang mudah, jadi saya ucapkan selamat bertugas kepada SMART, NADMA dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (ATM) yang berada di banyak tempat,” tegas (Dr.) Sani.

Kebanyakkan keluarga mangsa berada di tepi jalan dalam kesejukkan sambil berharap ahli keluarga mereka berjaya ditemui di tapak pencarian. Mereka membakar sampah dan apa sahaja untuk memanaskan  badan dalam keadaan suhu yang mencecah di bawah 4 darjah celsius.

Buat permulaan MAPIM Malaysia bersama Agensi Wakaf Kerajaan Turkey bergandingan untuk membuat khidmat lapangan dengan memberikan makanan panas, mengagihkan selimut, menguruskan jenazah dan lainnya.

BACA JUGA
SMART temukan 5 mangsa masih hidup selepas 6 hari tertimbus!

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

 

Related Articles

Back to top button