DuniaSemasa

Di sebalik kecaman larang pelajar bertudung, sekolah dibuka semula

UDUPI: Beberapa sekolah yang ditutup, kini dibuka semula di selatan India hari ini, berikutan protes terhadap pelajar perempuan yang tidak dibenarkan memakai tudung, atau burqa di dalam kelas.

Isu itu dikritik secara meluas oleh komuniti minoriti Muslim India, didakwa sebagai usaha mengetepikan mereka oleh pihak berkuasa di negara yang didominasi Hindu.

Polis terpaksa berkawal ketika pelajar berpakaian seragam merah jambu, dengan kira-kira berbelas darinya memakai tudung, memasuki sekolah perempuan kerajaan yang menjadi mula isu di daerah Udupi, Karnataka, kira-kira 400 kilometer (km) dari hab teknologi Bengaluru.

Pihak berkuasa turut melarang perhimpunan lebih daripada lima orang dalam lingkungan 200 meter (m) dari institusi pendidikan di kawasan itu.

Tindakan itu dibuat selepas mahkamah negeri yang menetapkan perbicaraan perkara itu hari ini.

Pelajar diberitahu supaya tidak memakai sebarang pakaian keagamaan, sama ada selendang safro atau hijab, di dalam bilik darjah sehingga arahan lanjut diterima.

“Sama ada pemakaian hijab di dalam bilik darjah adalah sebahagian daripada amalan agama Islam yang penting berdasarkan jaminan perlembagaan, ia memerlukan pemerhatian yang lebih mendalam,” kata mahkamah dalam perintah interim minggu lalu.

Berikutan protes minggu lalu, isu itu menjadi perhatian selepas beberapa sekolah enggan menerima kemasukan pelajar yang memakai pakaian sedemikian.

Ia dianggap melanggar perintah 5 Februari lalu mengenai pakaian seragam oleh kerajaan, yang diperintah oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi.

Parti itu mendapat sokongan terutamanya daripada komuniti majoriti Hindu yang membentuk 80 peratus daripada populasi India yang berjumlah kira-kira 1.4 bilion, manakala umat Islam mewakili kira-kira 13 peratus daripada populasi berkenaan.

Seorang pelajar di Udupi, Ayesha Imthiaz, berkata sangat memalukan apabila diminta menanggalkan tudung sebelum masuk kelas.

Dia merasakan ‘agamanya dipersoalkan dan dihina oleh tempat yang dianggap sebagai kuil pendidikan’.

Seorang pegawai di daerah pantai Udupi, Pradeep Kurudekar S, memberitahu pemberita bahawa pihak berkuasa akan menunggu arahan lanjut daripada mahkamah atau kerajaan untuk menyambung semula semua kelas.

Isu itu turut mendorong sokongan untuk gadis dan wanita Islam daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) serta pemenang Nobel Keamanan Malala Yousafza. – REUTERS

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button