DomestikSemasa

Program Semarak Kasih Bakul Ramadan MAPIM-AEC manfaat 30 keluarga asnaf

KLANG : Meskipun bulan suci Ramadan sudah hampir sampai ke penghujungnya, namun gerak kerja tim Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) masih tetap diteruskan dan belum menemui titik noktah.

Baru-baru ini, MAPIM Malaysia dengan kerjasama Amal Ehsan Care (AEC) telah melaksanakan Program Semarak Kasih Bakul Ramadan yang bertempat di Taman Cempaka Sari Fasa 2 pada 24 April (Ahad).

Program ini juga turut dibantu oleh pihak Kawasan Rukun Tetangga Taman Chempakasari II dan Surau Ar-Rahman yang menyantuni mereka yang terdiri daripada golongan asnaf.

Menurut Pengerusi AEC, Kelana Putra Muhamad, sebanyak 30 keluarga asnaf telah menerima bantuan berupa kotak makanan sebagai sumbangan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

“Alhamdulillah seramai 30 buah keluarga penerima manfaat yang terdiri daripada golongan asnaf telah menerima foodpack yang berisi barang makanan asas berserta Al-Quran, sejadah dan buku doa untuk program tadarus.

“Diharapkan kerjasama antara kami dengan pihak MAPIM dapat diteruskan pada masa akan datang, kerana kami memiliki objektif yang sama iaitu menghulurkan bantuan semampu kami bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, kotak makanan tersebut akan diserahkan rumah ke rumah oleh pihak KRT manakala pek barangan untuk tadarus bakal diserahkan oleh pihak surau sendiri yang terdiri daripada naskah Quran sumbangan PTS Bookcafe sdn. bhd.


AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN MULIA RAMADHAN AL-MUBARAK

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button