PalestinSemasa

Imam Masjid Al Aqsa ditahan kerana adakan majlis Isra’ Mikraj di BabalRahmah

Dibebaskan beberapa jam kemudian

BAITUL MUQADDIS : Ketika umat Islam di seluruh dunia memperingati peristiwa Isra Mikraj, di Baitulmaqdis mengingati sirah Baginda Rasulullah SAW itu seolah mahu dinafikan Israel.

Dulu beliau ditahan atas dakwaan menghasut melalui khutbah Jumaat.

Pada Rabu lalu pula, mengingkari larangan tidak boleh mengadakan sebarang acara di Bab al Rahmah di dalam Masjid Al Aqsa pula diberi alasan untuk terus menekan Imam Besar Masjid Al Aqsa, Shiekh Ekrima Sabri, 82 tahun.

Ketika beliau sedang menyiapkan khutbah Jumaat untuk siaran 5 Mac di rumahnya, beliau sekali lagi ditahan.

Perisik Israel dan beberapa anggota polis mengepung rumah beliau dan mengarahkan Sheikh Sabri mengikut mereka.

Menurut isterinya dalam laporan dailysabah, tanpa sebarang penjelasan polis Israel masuk ke rumah dan membawa keluar Sheikh Sabri ke Pusat Tahanan Moscovia pada jam lebih kurang 10 pagi dari rumahnya di kawasan al-Suwaneh, berhampiran Gunung Zaitun,  di Timur Baitul Maqdis,

Setelah disoal siasat beliau kemudian dibebaskan beberapa jam kemudian.

Bercakap kepada Anadolu Agency beberapa jam selepas pembebasannya, Sheikh Sabri berkata alasan penahanan beliau ialah kerana rejim tentera menuduhnya merancang menyertai peringatan sambutan Isra’ dan Mikraj di Bab al Rahmah di Baitul Maqdis.

Dakwa Israel, kawasan itu ditutup dan dilarang sama sekali diadakan sebarang acara atas perintah pimpinan Yahudi.

Menyifatkan satu alasan yang terlalu remeh , Sheikah Sabri menolak dakwaan itu kerana sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap Masjidil Aqsa sebarang acara membabitkan ajaran Islam serta ibadah solat masih boleh dilakukan di dalam masjid itu.

“Ini adalah bidang kuasa saya, pasukan perisik tidak boleh mendakwa saya terhadap sebarang pertuduhan yang perlu dirujuk di mahkamah.”

Tegas dan berprinsip, Sheikh Sabri, adalah Ketua Mufti Palestin dan Baitulmaqdis dari tahun 1996 hingga 2006, setelah dilantik oleh pimpinan Almarhum Presiden Yaseer Arafat.

Puluhan ribu rakyat Palestin membantah keganasan polis Yahudi itu terhadap beliau.

Sheikh Sabri telah memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Aqsa sejak tahun 1973. Beliau sebelumnya dilarang memasuki perkarangan suci di Kota Lama itu beberapa kali, terutama pada tahun 2000 ketika Intifada Kedua meletus.

Beliau pernah dilarang memasuki Masjidil Aqsa pada Januari tahun lalu. Katanya kepada media, alasan diberikan oleh tentera Israel, beliau menghasut” semasa khutbah yang diadakannya sehari sebelumnya.

Tangkapan ini bukan pertama kali buat beliau. Disoal siasat oleh rejim tentera Israel sudah mangli padanya kerana kelantangan beliau terhadap polisi-polisi Israel.

Malah beliau pernah tercedera dalam pertembungan dengan  tentera Yahudi dalam satu bantahan melarang di masjid berkenaan pada tahun 2017. Beliau cedera selepas selesai menunaikan solat di luar pintu Masjid Al-Aqsa, apabila polis Israel cuba menyuraikan penunjuk perasaan dengan menggunakan kekerasan hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin cedera.

Setahun selepasnya beliau dilarang melawat Tebing Barat untuk beberapa bulan.

Dalam satu wawancara dengan Arab News pada tahun 2017 beliau mendesak Israel meninggalkan Aqsa jika mahukan kedamaian.

“Ini adalah satu anugerah daripada Allah. Haram Al Sharif adalah milik orang Islam, dan kami tahu Yahudi mahu menghancurkannya. Yahudi menggunakan orang Kristian untuk melakukannya, ini cara Yahudi untuk memusnahkan masjid ini, ketika saya berkata ini mereka sedang memusnahkannya.” – Imam Masjid Al Aqsa Shiekh Ekrima Sabri

Nasib Palestin terus diperkotak-katik apabila tindakan merobohkan harta komersial milik Palestin di kampung Ein Shalabi dekat Nablus dengan dakwaan tiada kebenaran membina bangunan.

Wafa melaporkan, permit bangunan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur hampir mustahil diperolehi dari Israel untuk orang Palestin.

Beliau pernah mengunjungi Malaysia pada tahuan 2003 dan 2017.

 

 

Related Articles

Back to top button