Semasa

Datuk Rodzi Md Saad dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu

KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata, Datuk Rodzi yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun, berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki beliau, saya yakin beliau mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan sera bencana di Malaysia, terutamanya menangani pandemik Covid-19,” katanya.

Untuk rekod, Datuk Rodzi yang kini berusia 57 tahun memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Oleh Hafeez Anuar

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button