Covid19Semasa

Covid-19: Kembali cecah 4 angka dan tertinggi sejak Mac

Kes sembuh melonjak 691

PUTRAJAYA :  Kes positif hari ini sekali lagi mencecah empat angka 1,240 kes dengan itu jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 27,805.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 9,744 kes aktif kebolehjangkitan, dan sedang diasingkan serta dirawat di hospital dan Pusat Kuarantin Risiko Rendah.

Sebanyak 661 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 membawa jumlah keseluruhan pulih kepada 17,825.

Tambah beliau hanya terdapat dua kes import bukan warganegara, iaitu seorang warga Rusia dan seorang lagi warga Ukraine.

Sabah masih kekal mencatatkan kes baharu yang paling tinggi iaitu 927 kes.

Lebih daripada 500 kes di negeri itu ialah dari kluster yang sedia ada, 30 kes dari kluster baharu antaranya adalah Kluster Kapur, 280 dari hubungan rapat, dan 136 kes dari sumber lain-lain.

Kata beliau, “Sehingga kini terdapat 94 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 7 kes kematian berkaitan dengan Covid-19 pada hari ini.”

Beliau berkata man  gsa terbaru mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.- FB KKM

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button