Semasa

Seri Paduka Baginda hadiri Mesyuarat MUIP

Jadual padat

KUANTAN : Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai jadual padat hari ini.
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Kali ke-181 di Kuantan, Pahang.
Terdahulu baginda berkenan mempengerusikan Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Darul Makmur Kali ke-113 .
Turut berangkat ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Darul Makmur Kali ke-113 di Kuantan.
– FB Istana Negara

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button