Covid19Semasa

COVID-19: Jika terdapat kluster, bazar Ramadan ditutup – Dr Adham Baba

Kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP)

PUTRAJAYA : Penganjuran bazar Ramadan akan ditutup jika terdapat kluster COVID-19 yang melibatkan peniaga dan pengunjung kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham Baba telah menerima aduan bahawa terdapat segelintir penganjur yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) di semua bazar Ramadan di seluruh negera.

“Jika wujudnya kluster di bazar Ramadan, ia pasti akan ditutup, kami akan melakukan tinjauan di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan punca dan tempat bermulanya kluster tersebut. Sekiranya penganjur tidak bertanggungjawab terhadap jangkitan tersebut, tindakan akan diberikan,” –  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

Berhubung pemberian kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenakan kompaun kepada individu yang gagal mematuhi SOP, beliau berkata lantikan di bawah Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) itu bertujuan memastikan tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan adalah tinggi.
Pada Rabu, Datuk Bandar, PBT dan Pegawai Penguatkuasa PBT Gred 19 ke atas diberikan kuasa mengeluarkan kompaun susulan berlakunya ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan.
Oleh : Arif Ikhwan – Pelatih UiTm Fakulti Filem, Animasi dan Teater

Related Articles

Back to top button