Semasa

Majikan pukul pengawal keselamatan kerana berpuasa

Pukul, tampar, diacu pistol

BANGI : Dua pengawal keselamatan didakwa dipukul, ditampar di kepala dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang bukan beragama islam serta empat suspek yang lain kerana tidak suka kedua pengawalnya berpuasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku  pada jam 10 malam, di Kondominium One Kl, Jalan Pinang pada Selasa.

“Kedua-kedua suspek dimarahi oleh majikannya dan mangsa juga menampar kepala salah seorang mangsa tersebut setelah mengetahui kedua-dua mereka berpuasa. Mereka telah dibawa ke sebuah rumah di Batu Nilam, Klang oleh suspek sebelum dipukul dengan sebatang rotan.”

“Kedua-dua mereka juga telah diacukan oleh pistol jenis glock yang dipercayai dimiliki oleh salah seorang daripada pengawal keselamatan tersebut sambil membuat ugutan bunuh,” –  Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah

Bagi mengulas lanjut, siasatan awal telah mendapati kedua-dua mereka yang berusia 26 dan 43 tahun yang telah bekerja di syarikat GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd selama tiga dan tujuh tahun.

“Kedua-dua mangsa telah mengalami lebam pada bahagian badan dan mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama atas melakukan jenayah. – K! ONLINE

Oleh Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi – Arif Ikhwan

Related Articles

Back to top button