Covid19DuniaKesihatan

Covid-19 : Arab Saudi lepasi angka 300,000 kes

Tambahan jangkitan baharu 1,409 kes

Jumlah kes Covid-19 di Arab Saudi melepasi angka 300,000 pada Selasa, manakala di Iraq, mencatat rekod baharu 4,567 kes jangkitan baharu.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi melaporkan 1,409 kes jangkitan baharu wabak itu sekali gus menjadikan jumlahnya meningkat kepada 301,323 kes.

Jumlah kes pulih di Arab Saudi meningkat kepada 272,911, dengan penambahan 4,526 kes pulih manakala angka kematian dilaporkan meningkat kepada 3,470.  Kes maut baharu 34, seperti dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

 

Saudi Press Agency melaporkan, Khamis ini, Arab Saudi akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kerajaan Kumpulan 20 (G20) untuk membincangkan mengenai keselamatan makanan susulan wabak COVID-19.

Pertemuan yang dianjurkan oleh Saudi Food & Drug Authority, itu akan dihadiri pegawai dalam bidang pemakanan makanan, selain membincangkan perkembangan dan kerjasama global dalam memerangi wabak COVID-19.

Di Iraq, 4,576 kes COVID-19 baharu, pada Selasa, dengan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 184,709.

Kementerian Kesihatan Iraq juga melaporkan 82 kematian baharu, menjadikan angka kematian keseluruhan menjadi 6,036 orang. Manakala pesakit yang pulih adalah 131,840 dengan 2,895 lagi kes pulih, pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Iraq, Sayf al-Badr, dilaporkan berkata peningkatan jangkitan koronavirus disebabkan kegagalan kerajaan melaksanakan tindakan perintah berkurung.

Iran adalah negara yang paling teruk dilanda wabak itu di Asia Barat pula melaporkan sebanyak 2,385 jangkitan baharu, menjadikan jumlah kes COVID-19 yang disahkan menjadi 347,835.

Jurucakap Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan Iran, mengatakan bahawa wabak itu, setakat ini meragut nyawa 19,972 orang, dan meningkat sebanyak 168 orang dalam tempoh 24 jam lalu

Pada masa yang sama, 300,881 pesakit telah pulih dari virus pernafasan berjangkit itu, sementara 3,882 yang lain masih dalam keadaan kritikal.

Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca, berkata negara itu pula mengesahkan 1,263 kes COVID-19 baharu pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan kes menjadi 251,805 kes.

Sebanyak 20 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu , menjadikan jumlah kematian menjadi 6,016, sementara 942 lagi pesakit pulih.

Israel pada Selasa melaporkan 1,658 kes COVID-19 baharu, menjadikan jumlah jangkitan menjadi 96,409, termasuk 708 kematian dan 71,990 yang pulih.

Di Maghribi, kementerian kesihatan melaporkan 1,245 kes COVID-19 baru, menjadikan jumlah jangkitan menjadi 44,803.

Jumlah pesakit pulih di Maghribi meningkat kepada 31,002 setelah 1,061 orang baru ditambahkan, sementara jumlah kematian meningkat kepada 714 dengan 33 kematian baharu.

Kuwait melaporkan 643 kes COVID-19 baru dan tiga kematian lagi, menjadikan jumlah jangkitan menjadi 77,470 dan jumlah kematian menjadi 505 orang.

Di Lebanon, jumlah jangkitan COVID-19 meningkat pada Selasa, dengan sebanyak 421 kes kepada 9,758, sementara jumlah kematian meningkat dua kes menjadi 107.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan 365 kes COVID-19 baharu, menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini menjadi 64,906, termasuk 366 kematian dan 57,909 pemulihan.

Palestin pada Selasa melaporkan 612 kes COVID-19 baharu, menjadikan jumlah jangkitan berjumlah 23,003, termasuk 124 kematian dan 13,799 pemulihan.

Di Libya, Pusat Nasional Pengawalan Penyakit Libya pada Selasa melaporkan 407 kes COVID-19 baru, menjadikan jumlah kes yang disahkan menjadi 8,579, termasuk 157 kematian dan 969 pemulihan.

-Agensi

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button