Covid19Semasa

Covid-19 : 862 kes, 634 sembuh

Kekalkan jaga SOP

PUTRAJAYA: Sebanyak 862 kes baharu dilaporkan membabitkan 860 kes penularan tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara di catat pada Selasa (20/10)

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 22,225 kes dengan 7,681 kes aktif.

“Selain Sabah, sebanyak 235 kes atau 27.3 peratus pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

“Selangor turut mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan daripada jumlah berkenaan 84 kes dikesan daripada kluster sedia ada termasuk lapan dari kluster yang mempunyai sejarah perjalanan pulang dari Sabah,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, semalam.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 634 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 14,351 kes atau 64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

-BH

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button