Semasa

MAPIM pemudah cara pihak, hasrat santuni ummah

Bantuan logistik MAPIM sampaikan pakaian sekolah kepada asnaf

Sehubungan itu MAPIM dipanggil Yayasan My Prihatin untuk membantu dari sudut logistik ke Pekan, Pahang.

Pada Sabtu (10 April) MAPIM membantu dalam penyerahan bantuan program MySeragam di bawah yayasan berkenaan. MySERAGAM  adalah program bantuan baju sekolah Рberupa 46 buah kotak bersamaan dengan 1,840 unit baju seragam sekolah kepada golongan sasaran. Bantuan  diberikan kepada golongan pelajar asnaf, anak yatim piatu, golongan kategori B40 dan keluarga yang ditimpa musibah. Turut hadir Ahli Parlimen Pekan,  Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak, sebagai tetamu undangan untuk majlis penyerahan bantuan.

Program pada Sabtu itu kemudian melanjutkan penyerahan bantuan ke tiga buah rumah anak yatim di sekitar kawasan Pekan.

Ketiga-tiga keluarga berkenaan menerima bantuan berupa makanan asas dan barangan sekolah kepada anggota keluarga di bawah tanggungan mereka.

 

MAPIM sebagai perunding menjalankan peranannya membantu mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan, NGO, yang ingin mendapatkan khidmat rundingan, nasihat juga logistik.

Khidmat MAPIM selama dua hari itu juga, menyampaikan seribu pasang PPE untuk kegunaan pasukan barisan hadapan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Related Articles

Back to top button