Covid19Semasa

COVID-19 : 20,939 kes baharu dilaporkan hari ini

KUALA LUMPUR : Sebanyak 20,939 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding 19,090 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 2,996,361.

Menurutnya lagi, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

Sebanyak 118 kes yang mewakili 0.56% termasuk dalam kategori 3, 4 dan 5 manakala 20,821 kes merangkumi 99.44% yang merupakan kategori 1 dan 2.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button