Semasa

Majlis Halal Malaysia diaktif kembali

Susulan isu kartel daging haram

PUTRAJAYA : Susulan timbul isu kartel daging haram bulan lalu sehingga menggemparkan umat Islam di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal mengaktifkan kembali Majlis Halal Malaysia (MHM).

MHM pernah ditubuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Insya-Allah, MHM akan dihidupkan semula dalam masa terdekat,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau berucap dalam Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan kemudian melancarkan Integrasi Maqasid Syariah.

MHM sebelum ini dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai penyelaras semua agensi dalam menjadikan Malaysia hab halal global. – UTUSAN ONLINE

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button