Covid19KemanusiaanSemasa

Banjir, pusat jagaan warga emas terjejas

Jumlah mangsa meningkat

KUALA SELANGOR: Seramai 120 orang daripada 71 keluarga ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal, berkata tiga PPS terbabit ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok, SK Parit Mahang dan PPS Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 25 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan PPS Dewan Serbaguna MDKS Desa Coalfields sejak 18 November lalu.

“Seramai 43 mangsa daripada 10 keluarga pula dipindahkan ke PPS SK Ijok yang juga dibuka sejak semalam,” katanya, di sini.

Shaiful Azril berkata, jumlah mangsa banjir dijangka meningkat berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air.

“Kita dapati air di beberapa kawasan mulai surut antaranya di Kampung Sri Aman, namun paras air masih sama di Kampung Seri Sentosa,” katanya. – BH

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button