SemasaSyariah

Ayah kahwin anak! : Jelik, pelik dan tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam

Tindakan JPN tepat : Peguam Syarie

BANGI : Ayah kahwin anak!

Satu perbuatan jelik dan pelik, demikian pandangan  Presiden Persatuan Peguam Syarie Malayia (PGSM), Musa Awang.

Beliau yang dihubungi UMMAHToday berkata perkara itu juga tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam bertamadun di Malaysia.

Dalam penjelasan dari sudut perundangan syarie,  beliau berkata, walaupun secara prinsip asasnya menurut menurut mazhab Syafi’i, anak yang lahir daripada hasil perzinaan boleh menikah dengan ayah biologinya, kerana tidaksabitan nasab anak itu dengan ayahnya, dan anak lahir bukan daripada pernikahan yang sah, akan tetapi banyak lagi sudut dan pandangan lain yang perlu diberi perhatian.

“Antara sudut yang perlu diberi perhatian terutamanya jika terdapat pengharaman atau halangan daripada sudut penyusuan atau musaharah (persemendaan). Jika seorang anak zina itu disusukan oleh wanita itu sedangkan wanita itu mempunyai suami, maka anak tersebut akan menjadi anak susuan bagi lelaki tersebut kerana faktor Labn al-Fahl (Susu Jantan).” – Presiden Persatuan Peguam Syarie Malayia (PGSM), Musa Awang

Menurut Presiden PGSM itu, ulama Syafiyyah berpendapat susu wanita itu jika terhasil akibat mengandung dalam perkahwinan yang sah dengan seseorang lelaki, maka susu itu akan mengharamkan bayi-bayi perempuan yang disusukan oleh wanita untuk berkahwin dengan suaminya. Adapun jika susu itu terhasil daripada perkahwinan lain atau zina, maka itu tidak mengharamkan.

Jika seorang wanita yang mempunyai anak susuan kemudian wanita berkenaan berkahwin dengan seorang lelaki, maka lelaki itu juga menjadi mahram kepada anak susuan wanita itu apabila dia bersetubuh dengan wanita itu selepas nikah. Ini dinamakan pengharaman secara musaharah dan penyusuan. Anak perempuan itu diistilahkan sebagai al-Rabibah bil al-Rada`.

Apatah lagi, sekiranya seorang anak zina yang ibunya yang sabit nasab dengan anak itu secara wiladah (kelahiran), lalu dia berkahwin dengan seorang lelaki, maka lelaki itu adalah ayah tirinya apabila dia sudah bersetubuh dengan ibunya dalam pernikahan yang sah. Ini dinamakan pengharaman secara musaharah (persemendaaan). Justeru, hukum asal antara anak zina dengan ayah biologinya adalah ajnabi tetapi faktor penyusuan dan persemendaan boleh mengharamkan perkahwinan antara mereka berdua.” – Presiden Persatuan Peguam Syarie Malayia (PGSM), Musa Awang

Menurut mazhab Hanafi, anak yang lahir dari hasil perzinaan memiliki hubungan nasab secara syar’i dengan ibu yang melahirkannya, namun anak tersebut menjadi mahram bagi ayah biologinya karena secara biologi adalah darah dari dagingnya sendiri. Untuk itu anak yang dilahirkan dari hasil perzinahan menjadi mahramnya (tidak boleh dinikahi) bahkan berkewajiban untuk menafkahinya dan saling mewarisi.

Tambah beliau tindakan Jabatan Pendaftaran Negara, untuk tidak mendaftarkan kelahiran bayi yang lahir hasil perkahwinan anak zina dengan ayah itu adalah suatu perkara yang betul dan tepat.

Dalam persoalan begini, katanya rujukan kepada Mahkamah Syariah sebagai institusi kehakiman Syariah utama di negara ini adalah penting.

Beliau diminta mengulas mengenai perkongsian hangat di media sosial berhubung kerelaan sang isteri melepaskan suami untuk mengahwini anaknya selepas terlanjur sumbang mahram.

“TAKPA KAHWINLAH DENGAN AYAH NANTI BAYI DALAM KANDUNGAN DAPAT NASAB BAPA!”

 

 

Harta benda dan anak-pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

[Al-Khaf, 18:46]

Related Articles

Back to top button