Covid19Semasa

Arab Saudi kesan kes pertama varian Omicron

RIYADH : Arab Saudi mengesahkan kes pertama varian baharu Covid-19 jenis Omicron di negara itu hari ini, lapor agensi akhbar Saudi.

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, kes pertama itu melibatkan warga tempatan yang tiba dari Afrika Utara.

“Merujuk kepada makluman yang disampaikan mengenai kemunculan varian baharu Covid-19 di beberapa negara lain, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesan satu kes varian Omicron dikesan pada seorang warganegara yang baru sahaja pulang dari Afrika Utara.” katanya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu telah mengambil langkah awal dengan mengasingkan individu tersebut dan kontak rapat.

“Siasatan epidemiologi telah bermula dan kes itu dihantar ke kuarantin, di mana prosedur kesihatan yang diiktiraf telah dijalankan,” kata sumber kementerian itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggesa orang ramai untuk melengkapkan vaksinasi mereka dan mengarahkan pelancong untuk menghormati peraturan pengasingan diri dan ujian.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa varian Omicron dengan 32 mutasi ‘spike protein’ berkemungkinan merebak ke peringkat antarabangsa dan menimbulkan risiko lonjakan jangkitan yang sangat tinggi hingga mampu membawa kesan buruk di beberapa tempat.

Omicron pertama kali dilaporkan pada 24 November di selatan Afrika, di mana kadar jangkitan telah meningkat dengan mendadak.

Sehubungan itu, kebanyakan negara telah mengenakan sekatan perjalanan untuk mengawal penularan wabak tersebut. – AGENSI

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button