Covid19Semasa

Bancian Malaysia 2020 bersemuka dijadual semula 20 Jan 2021

Hanya 10% rakyat Malaysia isi e-Census

PUTRAJAYA : Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) akan dijadualkan semula.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan menyebut penyesuaian semula bancian dilakukan berikutan keadaan semasa Covid-19 negara.

Sehubungan itu Pesuruhjaya Banci 2020, Datuk Sri Dr. Uzir Mahidin berkata BAnci 2020 Fasa Kedua yang dilakukan secara bersemuka dijadual semula kepada 20 Januari 2021 hingga 6 Februari 2021.

Bancian bersemuka ini sepatutnya bermula esok dan berakhir pada 24 Oktober depan.

Dengan penjadualan semula itu, Banci 2020 Fasa Pertama secara dalam talian (e-Census) akan dilanjutkan kepada 7 Oktober hingga 21 Disember 2020.

Pra pendaftaran bagi pengisian e-Census dibuka semula bermula 7 Oktober hingga 30 November.

Manakala poskad e-Census akan dihantar ke kawasan sasaran dari tarikh akhir pengisian e-Census pada 21 Disember.

Kenyataan itu juga menyebut setakat 4 Oktober, jumlah respon yang diterima jumlah penduduk yang telah dibanci adalah seramai 3.25 juta orang.

Jumlah itu merangkumi 10 peratus daripada keseluruhan 32.7 juta orang populasi rakyat Malaysia.

Penerimaan e-Census diterima mengikut pecahan negeri menunjukkan Wilayah Persekutuan tertinggi, 62% diikuti Perak 17.4% dan Johor 14%.

Manakala penerimaan terendah ialah di Kelantan 4.1%, Sabah 4.3% dan Terengganu 4.6%.

Datuk Seri Uzir menyarankan orang ramai untuk terus mengisi e-Census dalam talian ini sempena pelanjutan tempoh Banci Malaysia 2020  sekaligus mengurangkan bancian secara bersemuka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button