Syria
Trending

Anak Pelarian Syria Terharu Terima Bantuan Sup Panas Aktivist MAPIM Malaysia

Laporan Zulfadhli Khiruddin

Krisis kemanusiaan Syria terus menerus mendesak keperluan bantuan kemanusiaan terhadap jutaan pelarian negara bergolak tersebut. Faktor utama ketidakcukupan makanan berpunca daripada influksi yang semakin tinggi. Walaupun terdapat konflik yang semakin berkurangan di banyak kawasan, kehadiran 400,000 pelarian baru yang menghantui telah membawa kepada pergaduhan dan perebutan dalam komuniti, perpindahan yang berlarutan dan tekanan yang berterusan terhadap ketahanan hidup komuniti pelarian lama.

 

Di negara ini, di mana 6.2 juta orang masih tersisih, dengan sumber semakin berkurangan. Secara luaran, keadaan yang tidak menentu mencatatkan Syria sebagai negara yang mempunyai krisis pelarian terbesar di dunia. Sekitar 5.6 juta pelarian tinggal di Turki, Lubnan, Jordan, Iraq dan Mesir, menyebabkan konflik pula terhadap kerajaan dan penduduk tempatan negara tersebut. Kini dilaporkan , lebih lapan daripada 10 orang di Republik Arab Syria kini hidup di bawah garis kemiskinan.

Anak Pelarian Syria beratur untuk mendapatkan makanan dan sup panas yang diagihkan secara percuma oleh Aktivist Kemanusiaan MAPIM Malaysia dengan kerjasama TDV Turki

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di dalam misi penyediaan makanan kepada 15,000 pelarian dalam Syria dengan membuka kilang roti dan sup di sempadan Turki-Syria.

Team RescueSyria MAPIM Malaysia akan laksanakan misi pada awal bulan hadapan dengan memfokuskan beberapa bantuan adhoc dan long-term yang penting . Team RescueSyria MAPIM melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Idlib dengan sasaran RM10,000,000 untuk membeli dan mengedarkan sesegera mungkin bantuan adhoc pada hujung bulan ini berupa
-1000 rumah dgn harga RM6,000 satu
-10,000 Bantuan selimut sejuk
-10,000 Bantuan Food Pack Kecemasan
-Bantuan Alat Pemanas Dan lain-lainnya

Setiausha Agung MAPIM, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol turut bersama mengagihkan makanan di kem Muqawamah, Azaz Syria

Kepada yang ingin menyumbang Anda masih boleh berbuat kebaikkan kerana team RescueSyria MAPIM Malaysia masih memerlukan dana untuk sumbangan terdesak ini . Berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM200 bantuan selimut
– RM6,000 bina satu rumah pelarian
– RM1,000 bantuan ubat-ubatan
– RM200 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM250 bantuan pendidikan
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM

2 CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM) Nov 2019 – April 2020 

ATAU

  • Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 . Untuk sebarang pertanyaan & makluman lanjut boleh menghubungi pihak MAPIM Malaysia menerusi talian hotline 1300-888-038 (9am-6pm Isnin-Jumaat)

 

Source
*sumber berita

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button