DomestikKemanusiaanSemasaSyria

Demi perjuangan ummah, delegasi kedua berangkat ke Syria

delegasi kedua berangkat ke Syria pada malam semalam

SEPANG : Dalam soal kemanusiaan tidak ada jarak yang terlalu jauh, tidak bantuan yang terlalu kecil. Semuanya demi ummah.

Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) meneruskan bantuan kecemasan ke Syria yang dijangka akan dilanda musim sejuk yang teruk.

Bagi memenuhi tuntutan itu,  delegasi kedua yang terdiri daripada Team Advance berangkat ke Syria bagi menyokong delegasi pertama dalam merancang dan menyusun gerak kerja sebelum misi besar-besaran pada awal tahun hadapan.

Delegasi kedua disertai oleh Bendahari Agung MAPIM Malaysia  Kapten Bersekutu (PA) Haji Muhammad Faris Hussain.

Beliau berkata, “Secara keseluruhannya, kami akan merancang keputusan projek pembangunan dan menyusun semula hubungan antara MAPIM dengan pihak berkuasa yang kita pernah bekerjasama dalam membantu saudara di Syria.”

“Kita tidak dapat menyelesaikan semua masalah orang, jadi kami datang menyantuni dan meringankan beban supaya mangsa-mangsa ini tidak berasa mereka bersendirian dan tahu bahawa terdapat negara yang masih mengambil berat iaitu Malaysia,” tambahnya.

Kumpulan kedua ini secara amnya akan membantu dalam menyediakan dan menyenaraikan barang-barang keperluan dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa sebelum kumpulan besar misi yang mungkin akan disertai oleh selebriti, ‘influencer’ dan sukarelawan MAPIM sendiri.

“Harapan kita delegasi kedua ini dapat memperkuatkan lagi kumpulan pertama di Syria bagi memenuhi ruang-ruang  sumbangan dan memberi impak yang lebih besar terhadap projek pembangunan di Syria.”

Dalam pada itu, MAPIM Malaysia mengambil langkah ketat dalam pematuhan SOP demi memastikan keselamatan dan kesihatan para aktivis ketika sedang melakukan gerak kerja.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Related Articles

Back to top button