Covid19KemanusiaanKerohanianSemasa

Amaran Uncle Kentang

Jangan tertipu dengan scammer peminta derma

Bangi : Malaysia kini menghadapi saat sukar. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ekonomi rakyat Malaysia jatuh ke tahap yang membimbangkan. Ramai kehilangan kerja, gaji dipotong, dan perniagaan terpaksa ditutup. Terutamanya perniagaan kecil. Dalam masa yang singkat, ramai yang jatuh miskin dan menjadi asnaf.

Tuan Haji Faris menghulurkan sumbangan

Ramai yang memerlukan bantuan dan Malaysia sangat beruntung, masih ramai juga yang sangat dermawan mahu menghulurkan bantuan. Antara yang sering terhadapan dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah Tuan Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Beliau memberi bantuan tidak mengira bangsa dan agama. Sekiranya keadaan terdesak boleh terus menghubungi Uncle Kentang.

Namun ada yang mengambil kesempatan atas kebaikan budi Uncle Kentang. Ada yang berpura-pura susah memohon bantuan terus kepada follower Uncle Kentang di Facebook. Biasanya mereka ini adalah penagih dadah ataupun ‘scammer’ tegar yang sudah berpengalaman menipu di media sosial.

Amaran daripada Uncle Kentang

Menyedari kegiatan itu, Uncle Kentang memberi amaran keras supaya rakyat yang dermawan tidak menghulurkan terus bantuan tanpa usul periksa. Siasat dahulu dan sekiranya tidak yakin, sumbangan tadi boleh dihulurkan terus kepada tabung-tabung yang diyakini, antaranya adalah tabung yang disediakan oleh Uncle Kentang di www.kentangfund.com

Uncle Kentang membantu membelikan barangan harian

Sentimen yang sama dikongsi oleh (Dr) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusian MAPIM Malaysia.

(Dr) Sani Araby Al Kahery semasa memantau kawasan banjir bagi menghulurkan bantuan

“Sumbangan kita walaupun seringgit tetap besar nilainya kepada mereka yang memerlukan. Hulurkan sumbangan kepada NGO, atau individu yang sudah dikenali masyarakat, Kami di MAPIM juga menyediakan dua tabung, satu untuk tempatan di www.bantuummah.com dan satu lagi Syria, www.rayuansyria.com.”

Memang orang yang memberi tetap akan mendapat pahala yang besar, namun dalam masa yang sama akan ada penerima yang layak tidak mendapat haknya. Paling menakutkan, ‘scammer’ akan semakin yakin untuk menipu.

Sudah tiba masanya, para dermawan untuk semakin berhati-hati.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button