PalestinSemasa

Tentera israel menembak mati lima orang Palestin di Tebing Barat

Tentera Israel melakukan serangan di Tebing Barat pada Isnin (29/1/2024). Batu-batu yang dilemparkan ke arah tentera Israel dibalas dengan tembakan. Akibat serangan Israel, lima orang terkorban. Demikian dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah. 

Pembunuhan terhadap lima orang itu terjadi di Silwad tengah. Seorang warga Al-Yamun, dekat Jenin, Thaer Naim Hamo (21) ikut terbunuh. Seorang anggota dewan kota mengatakan, Abdul Rahman Hamed (19) terkorban dalam operasi tentera Israel, sementara kementerian kesihatan melaporkan yang lain terluka. Lebih jauh ke selatan di Dura, tentera Israel mengatakan pasukannya melakukan aktiviti cegah keganasan. 

“Batu-batu dilemparkan ke arah pasukan, tapi dibalas dengan tembakan,” katanya dikutip dari AFP. 

Warga memaklumkan adanya pertempuran antara pemuda dan tentara israel, yang melakukan penangkapan, sementara dua warga Palestin lainnya cedera. 

Israel telah menduduki Tebing Barat sejak perang Arab-Israel tahun 1967 dan tentaranya sering melakukan serangan ke komuniti Palestin. Dalam insiden berasingan di kota selatan Teqoa, kementerian kesihatan mengatakan seorang remaja Rani Yasser Khalaf al-Shaer (16), terbunuh. Tentera Israel mengatakan tenteranya menembak seorang pemuda yang melakukan serangan terhadap tentara di Teqoa, namun tidak ada yang cedera. 

Lebih daripada 370 orang telah dibunuh oleh pasukan israel dan peneroka haram di Tebing Barat sejak 7 Oktober 2023, menurut kementerian kesihatan Palestin. Wilayah ini adalah kediaman haram bagi sekitar 490.000 warga Israel yang telah melanggar undang-undang antarabangsa. Tebing Barat adalah tempat tinggal bagi lebih dari 3 juta warga Palestin.

Sumber AFP 

 

Related Articles

Back to top button