KerohanianSemasa

Jemaah wanita sudah boleh solat fardhu berjemaah di masjid

JAWI tetapkan SOP baharu

KUALA LUMPUR : Jemaah wanita kini dibenarkan menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid dalam Wilayah Persekutuan.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan mengalu-akan kehadiran jemaah wanita seperti yang dilampirkan pada ciapan di laman Twitter @myJAWIKL.
Bagaimanapun @myJAWIKL , dalam pada itu menegaskan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu bagi jemaah wanita berkenaan.

“Kehadiran untuk solat fardu lima waktu dibenarkan kepada jemaah wanita dengan bilangan jemaah dihadkan kepada separuh ruang solat wanita dengan penjarakan 1.5 meter,” – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

JAWI membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat.

Bagaimanapun, aktiviti solat jemaah tersebut perlu dilakukan dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Sementara itu JAWI turut berkongsi suasana solat Zuhur berjemaah di Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button