Kemanusiaan

Air mata Cik Leha tumpah, saat terima pek makanan MAPIM

Menghargai nilai sekecil pemberian

KUALA LUMPUR  :  Pandemik Covid-19,  menjerut banyak perut, memaksa mereka berlapar dan menerima apa seadanya.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila mereka yang hidup dalam kais pagi makan pagi mengalami kesan yang lebih mendalam.

Pertemuan aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia, dengan warga emas di Taman Ikan Emas, Cheras Kuala Lumpur mengundang sebak.

Ketika 60 buah kotak makanan yang akan diagihkan tiba, golongan warga emas itu menunggu penuh sabar giliran nama mereka dipanggil.

Majoriti daripada mereka adalah warga emas pesara kerajaan, ibu tunggal dan juga mereka yang hilang punca pendapatan pada usia emas.

Terdahulu sebelum agihan, majlis dimulakan dengan bacaan al-Fatihah sebagai memperingati aktivis MAPIM yang begitu aktif, di kawasan ini iaitu Allahyarham Prof. Dr. Zaharah Mohamed Said, 58, yang kembali ke rahmatullah bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Ikan Emas, Ahmad Mokhtar Yunos berkata MAPIM sering menyantuni penduduk di kawasan ini.

Pertemuan ini juga mengingatkan penduduk dengan jasa Allahyarham Prof. Dr. Zaharah.

Bagi Lai Hock Leong, 60, yang sekarang sudah hilang pekerjaan, beliau bersyukur mendapat pek makanan daripada MAPIM.

Walau tidak sebesar mana nilainya, bagi Uncle Lai, dapatlah mereka melepaskan kesempitan perbelanjaan sebulan beliau.

“Makcik dah lama tak menggoreng pisang” – keluhan itu pula disuarakan oleh Mak Cik Solehah Ibrahim, 71.

Sebelum ini demi meluangkan sisa usianya, beliau berjualan kuih muih dan goreng pisang di sekitar rumah.

Namun apabila Covid-19 melanda perniagaannya terjejas.

Bagi Makcik Normah Abdullah, 57,  kini tinggal sendirian selepas kematian suami, beliau berterima kasih di atas penerimaan pek makanan itu.

Pasangan Anthony Paragasam, 78 tahun dan Arokom, 75 agak terkejut ketika aktivis MAPIM mengetuk pintu rumah mereka.

MAPIM Malaysia juga menghargai kerjasama penaja yang sama-sama melipatgandakan usaha membantu ummah.

*Misi Ummah Bantu Ummah
MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button