KemanusiaanSyria

Sekolah untuk anak-anak pelarian Syria – satu kenyataan

Secara langsung majlis perasmian petang ini

SYRIA : Perancangan yang menjadi kenyataan hasil sumbangan masyarakat Malaysia.

Petang ini sejarah bakal tercatat dengan berlangsungnya majilis perasmian sekolah wakaf MAPIM Malaysia ke-39 di pinggir Idlib, Syria.

Ketua Aktivis Kemanusiaan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penginfaq menerusi tabung Kemanusiaan RescueSyria yang membantu mengubah masa depan anak-anak pelarian Syria.

Seramai 1,500 pelajar setahun bakal menjadi pemimpin generasi baharu ummah dengan hasil sumbangan masyarakat yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak pelarian.

Beliau berkata demikian pada hantaran terkini di laman sosial Facebook beliau.

Majlis perasmian sekolah MAPIM ke-39 akan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi MAPIM Malaysia, juga rakan aktivis Heliza Helmi dan juga FB rasmi (Dr.) Sani Araby pada jam 1:30 tengah hari waktu Syria dan 6:30 petang waktu tempatan.

Perasmian sekolah itu akan dilakukan beliau, selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia bersama-sama Presiden, Lembaga Amanah, Yayasan Turkiye Divanet  Vakfi, TDV, Ihsan Acik.

Sementara itu beliau berharap lebih ramai lagi membuat kebaikan berganda dengan pelaburan saham akhirat bagi pelancaran sekolah MAPIM ke-40, yang juga bakal beroperasi sebagai pusat latihan guru-guru di Azaz, Syria.

Sama-sama kita saksikan.

*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button