Semasa

78.5 peratus penduduk lengkap vaksin

KUALA LUMPUR : 78.5 peratus daripada penduduk negara, atau 25,647,708 orang, telah mendapat dos penuh vaksin Covid-19, manakala jumlah orang yang menerima dos penggalak meningkat kepada 23.9 peratus, atau 7,809,058 orang, setakat semalam.

Menurut data dari laman web COVIDNOW, daripada jumlah keseluruhan orang yang divaksin sepenuhnya, 22,881,770 adalah dewasa dan 2,765,938 adalah remaja.

Pada 5 Ogos, kerajaan berharap 80 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin yang lengkap.

Sementara itu, menurut data harian, 110,258 dos vaksinasi telah diberikan semalam, termasuk 910 dos awal, 1,500 dos penuh dan 107,848 dos penggalak.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button