Covid19Semasa

Datuk Dr. Noor Hisham kini bergelar Tan Sri

Anugerah satu penghargaan kepada petugas barisan hadapan KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kini bergelar Tan Sri selepas dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.

Selain Dr Noor Hisham, sejumlah besar petugas barisan hadapan dan warga KKM turut dikurnia pelbagai pingat.

Mereka mewakili pelbagai latar belakang, termasuk pakar perubatan, petugas kesihatan hinggalah ke petugas sokongan kesihatan seperti pemandu kenderaan, penolong pegawai tadbir dan pembantu perawatan kesihatan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button