Semasa

Syamel dan Ernie kini bergelar tunangan orang

Tidak mahu tunang lama-lama

Pasangan duet popular, Syamel, 27, dan Ernie Zakri, 28, kini mengikat pertunangan  dalam satu majlis ringkas di kediaman Ernie, petang semalam.

Majlis ringkas tetapi meriah hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Berkongsi perasaan selepas bergelar tunangan orang, pemilik nama lengkap Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu bersyukur majlis berlangsung seperti dirancang.

“Alhamdulillah, saya gembira impian mahu menyunting Ernie sebagai bakal isteri akhirnya dimakbulkan. Saya gementar juga apabila mengenangkan alam pertunangan ini banyak dugaan seperti yang sering diperkatakan. Saya akui perkara inilah yang amat ditakuti.

“Namun, insya-Allah, saya dan Ernie akan menjaga diri dan batas pergaulan. Kami takkan berjumpa selalu. Apa yang diharapkan, doa peminat bukan sahaja hubungan ini sampai ke jenjang pelamin, malah kekal hingga ke akhir hayat,” katanya kepada BH Online.

Ernie Zakri kini menjadi tunangan Syamel, belum ada tarikh pernikahan ditetapkan. - Foto IG Syamel
sumber: IG Syamel

Syamel turut memuat naik gambar pertunangand di akaun Twiiter nya.

Mengulas tarikh diijabkabulkan, penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati dan Kau Pun Sama itu memberitahu,  tiada sebarang perbincangan menetapkan tarikh perkahwinan. Bagaimanapun, katanya dia tidak  mahu bertunang lama-lama.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button