Covid19Semasa

Perkhidmatan tren diteruskan, bas disediakan

Prasarana kesal insiden insiden yang berlaku

KUALA LUMPUR : Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT)   laluan Kelana Jaya  kembali beroperasi seperti biasa, disokong servis bas percuma yang disediakan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bermula  6 pagi, Selasa (25 Mei 2021)  .

Laluan LRT kini terhad pada satu landasan sahaja bagi memberi  ruang proses baik pulih, sanitasi dan kerja-kerja pembersihan gerabak.

“Prasarana juga telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan kerja-kerja sanitasi di Stesen KLCC serta di kawasan sekitarnya bagi mencegah penularan wabak COVID-19.” – Kenyataan media Prasarana

Merujuk hantaran di laman Facebook Rapid KL, kekerapan tren bergerak setiap 10 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu selainnya, serta pengurangan kapasiti kepada lima puluh peratus (50%) susulan daripada pengumuman Kerajaan berhubung langkah-langkah lebih ketat dalam pelaksanaan PKP 3.0.

Kenyataan media Prasarana

Para penumpang dijangka perlu menunggu dengan lebih lama sedikit daripada biasa.

Pihak Prasarana sedia maklum kelewatan yang akan berlaku, oleh itu, lima buah bas dua tingkat disediakan untuk membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park.

Bagi memudahkan urusan dan kelancaran perjalanan para penumpang,  kakitangan operasi akan bertugas di setiap platform stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park.

Prasarana memaklumkan perkhidmatan laluan LRT Kelana Jaya akan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari .

Dalam pada masa itu, kenyataan media Prasarana menyatakan  pihak mereka kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan terus memantau perkembangan penumpang yang terbabit dalam insiden malam tadi serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button