Covid19Semasa

300 bakul makanan untuk rakyat Malaysia di Singapura

Makanan siap dimasak, selimut, set penjagaan diri

ISKANDAR PUTERI : Kerajaan Johor pada Khamis memulakan misi penghantaran bakul makanan bagi membantu rakyat negeri itu serta pekerja Malaysia yang berada di Singapura.

Menteri Besar Johor Encik Ir Hasni Mohammad berkata untuk fasa pertama, sebanyak 300 bakul makanan bernilai RM30,000 (S$9,900), mengandungi pek ‘makanan sedia makan’, makanan ringan, selimut serta pek penjagaan diri,  dihantar ke Republik itu.

“Kerajaan negeri merancang mengagihkan sebanyak 1,000 bakul makanan, namun untuk fasa pertama ini kita menghantar 300 bakul makanan dahulu sebagaimana dinasihatkan kedutaan kita di Singapura,”

Terdahulu beliau melepaskan lori-lori  yang menyertai Misi Bantuan Bakul Makanan kepada rakyat Malaysia di Singapura di Dataran Mahkota Kota Iskandar.

Menurutnya kerajaan negeri juga akan meneruskan inisiatif itu selepas 1,000 bakul berkenaan selesai diagihkan.

Khamis lalu, Encik Hasni mengumumkan insiatif bantuan bakul makanan dalam Belanjawan Johor 2021 bagi membantu rakyat Malaysia yang berada di Singapura. – BERNAMA

*

Misi Ummah Bantu Ummah
MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button