Ekonomi

2030 Jepun tidak akan keluarkan lagi kereta enjin petrol

Galak kereta hibrid, elektrik

TOKYO: Jepun akan menghentikan jualan kereta berenjin petrol pada pertengahan tahun 2030.

Langkah itu sebagai menyokong usaha untuk mencapai peneutralan karbon menjelang 2050 sekaligus menggalakkan penggunaan kereta elektrik dan hibrid, yang memperlihatkan Jepun sebagai pengeluar utama segmen kenderaan itu

Dasar baharu mengenainya akan diumumkan selepas Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri akan memanggil semua pemain industri, syarikat pengeluar kenderaan dan pakar kenderaan.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga, pada Oktober lalu menetapkan tarikh akhir 2050 untuk Jepun menjadi negara berkecuali karbon dan mengingatkan syarikat besar supaya merangka kaedah untuk mengekang pelepasan karbon dioksida.

Langkah itu disambut baik oleh aktivis dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi Jepun masih banyak bergantung kepada bahan bakar fosil dan kerajaan belum memberikan perincian bagaimana dasar itu dapat dicapai.

Jepun mensasarkan pengeluaran kenderaan hibrid dan elektrik daripada 50 peratus ke 70 peratus menjelang 2030.
Setakat ini, pasaran baru mengenai kenderaan hibrid dan elektrik meliputi hanya 29 peratus daripada 5.2 juta pendaftaran kenderaan baharu, namun data yang diberikan oleh Persatuan Pengeluar Automobil itu menunjukkan peralihan signifikan ke arah dunia tanpa kenderaan enjin petrol.

Selain Jepun, Singapura juga bakal mengikut jejak langkah yang sama bermula pada tahun 2040.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button