Covid19

COVID-19: Pusat kuarantin & rawatan berisiko rendah diaktif semula

Tempatkan 650 pekerja asing bermula semalam

SERDANG : Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS, Serdang diaktikan semula bermula semalam.

Pada hari pertama dibuka semalam, seramai 650 pekerja asing ditempatkan.

Mutakhir ini, terdapat peningkatan kes positif COVID-19 yang ketara berikutan perluasan saringan ke atas para pekerja khususnya warga asing di kilang dan juga tapak binaan.
Melihat kepada situasi ini, maka Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) atau PKRC (MAEPS) 2.0

Kebanyakan kes positif COVID-19 ini adalah daripada kategori 1 (iaitu individu yang tidak bergejala) dan kategori 2 (iaitu pesakit yang bergejala ringan).

Selain itu, jumlah kes positif dijangkakan akan kekal tinggi susulan perluasan saringan COVID-19 ke atas pekerja warga asing yang juga dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di enam (6) buah negeri.

Negeri-negeri yang terlibat adalah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

PKRC (MAEPS) 2.0 dibuka secara berfasa dengan kapasiti maksima sebanyak 1,000 buah katil.

Pentadbiran PKRC (MAEPS) 2.0 ini akan diletakkan di bawah kawalan Ketua Komander Wilayah Tengah iaitu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
 Ia merupakan satu kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pelbagai agensi Kerajaan yang lain termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MAEPS sendiri.

– FB Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button