Covid19

TOLONG JAGA SOP!

Kluster baharu punca perhimpunan awam

KUALA LUMPUR : Kebenaran merentas daerah dan negeri yang bermula pada 7 Disember lalu, tidak seharusnya menjadi tiket untuk orang ramai melupakan negara masih lagi dalam fasa memerangai pandemik Covid-19.

Kluster-kluster baharu dilaporkan semakin banyak terbentuk daripada perhimpunan sosial kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebooknya, berkata ia termasuklah perhimpunan besar-besaran yang melibatkan kaum keluarga seperti majlis keraian dan upacara keagamaan yang turut dihadiri individu yang bergejala.

Beliau memberikan contoh Kluster Enggor di Perak serta Kluster Indah Mas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) dan Selangor yang bermula dengan perhimpunan keluarga dan seterusnya merebak dalam komuniti.

Kluster Inai dan Kluster Jambul di Sabah adalah antara kluster yang berpunca daripada majlis keraian manakala Kluster Mentari yang melibatkan Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula daripada upacara keagamaan yang membabitkan ahli keluarga serta kenalan yang hadir dalam satu upacara kematian di Nilai.

Sehubungan itu Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri sebarang jenis perhimpunan atau semasa berada di tempat awam.

Tambah Dr Noor Hisham Kluster Inai dan Kluster Jambul di Sabah adalah antara kluster yang berpunca daripada majlis keraian manakala Kluster Mentari yang melibatkan Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula daripada upacara keagamaan yang membabitkan ahli keluarga serta kenalan yang hadir dalam satu upacara kematian di Nilai, Negeri Sembilan.

ÔÇťOrang ramai diminta supaya mematuhi SOP dalam semua keadaan dan di semua tempat memandangkan aktiviti perhimpunan yang dianjurkan tanpa pematuhan akan meningkatkan risiko penularan Covid-19 kepada orang ramai.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button