TEBING BARAT : Tentera Israel menyerang jemaah Palestin di dalam Masjid al-Aqsa dalam satu serbuan yang berlaku pada Subuh tadi.
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan peluru keluli bersalut getah, gas pemedih mata dan bom tangan secara mengejut ke dalam masjid.
Video yang tular di media sosial menunjukkan gas pemedih mata dilepaskan di dalam dewan solat Qibli berkubah perak, iaitu bangunan utama di tapak tempat solat berjemaah.
BREAKING: Israeli soldiers are currently invading Al Aqsa mosque, firing bullets, sound grenades, and tear gas at Palestinians. pic.twitter.com/f94x6Ke3yL
— IMEU (@theIMEU) April 15, 2022
Serbuan itu berlaku sebelum permulaan perayaan Paskah Yahudi, yang akan berlangsung dari 15 April hingga 23 April, di mana rejim Israel berhaluan kanan telah berikrar untuk menyerbu Masjid al-Aqsa dan menyembelih haiwan di kawasan masjid sebagai upacara keagamaan mereka.
Tahun lalu, beberapa serbuan ganas oleh tentera Israel di dalam Masjid al-Aqsa mendorong tunjuk perasaan yang meluas di seluruh Tebing Barat yang diduduki yang membawa kepada perang 11 hari antara Israel dan pejuang Palestin di Gaza.
Operasi ketenteraan besar-besaran Israel di Semenanjung Gaza yang dikepung telah membunuh 256 rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-AGENSI
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia