Semasa

Zionis Israel lepas tembakan ke arah sebuah sekolah Palestin di Bethlehem

BETHLEHEM : Seorang penceroboh Israel melepaskan tembakan ke arah sekolah perempuan Palestin di kampung Tuqu, timur Bethlehem di Tebing Barat yang diduduki.

Sumber tempatan berkata, tentera tersebut didapati memiliki bersenjata senapang keluar dari bas berhampiran perkampungan Tuqu.

Dia melepaskan peluru hidup ke arah sekolah di mana ratusan pelajar masih berada di dalam kawasan tersebut di mana sesi persekolahan sedang berjalan.

Pentadbiran sekolah memindahkan pelajar ke tempat yang selamat dan juga membatalkan kelas.

Selepas menyerang sekolah itu, sumber tempatan berkata, penceroboh bersenjata itu kembali bersama sekumpulan ekstremis lain dan meneruskan serangan ganas di sekitar sekolah itu.

Tindakan ganas itu termasuk memukul, membaling batu dan mengugut.

Mereka juga memusnahkan pokok, mencuri tanaman, menggunakan api hidup serta merosakkan rumah dan kereta.

Untuk rekod, pada separuh pertama 2021, pelampau Israel telah melancarkan 416 insiden anti-Palestin.

Selain itu, pada 2019, terdapat 363 insiden manakala 507 pada 2020.

Kira-kira 700,000 penceroboh tinggal di penempatan haram di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur yang dianggap melanggar undang-undang antarabangsa.

-AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button