InspirasiKerohanianSemasa

Zikir Fatimah, ringankan keletihan

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

Penat adalah perkara biasa yang selalu dilalui oleh semua orang. Tidak kira yang bekerja atau suri rumah, sudah pasti perasaan penat itu tidak dapat dielakkan.

Oleh itu, Rasulullah SAW ada mengajar kita satu amalan yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam apa jua pekerjaan supaya kekal bertenaga.

Amalan zikir ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada anakanda melalui hadis Baginda SAW yang bermaksud,

“Dari ‘Ali bin Abi Talib RA ketika menceritakan kisah Fatimah Binti Muhammad SAW. Suatu ketika, Fatimah datang bertemu Nabi SAW untuk meminta diberi pembantu (hamba).”

Lalu Rasulullah SAW berkata kepada anaknya, Fatimah yang bermaksud,

“Wahai Puteriku Fatimah. Apa kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berbaring untuk tidur maka bertasbihlah (Subhanallah 33 kali), bertahmid (Alhamdullilah 33 kali) dan bertasbih (Allahu Akbar 34 kali). Itu adalah lebih baik untuk kamu daripada seorang pembantu.”

Amalan ini adalah sebaik-baik bacaan zikir yang boleh diamalkan sebelum tidur agar ia memberi tenaga untuk melakukan pelbagai pekerjaan pada keesokan harinya dengan izin Allah SWT.

Rasulullah SAW mengajar amalan ini sehinggakan Saidina Ali RA tidak meninggalkan zikir ini walaupun dalam peperangan.

Semoga amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW, menjadi ikutan dan amalan kehidupan seharian agar kekal produktif dalam melaksanakan ibadah dan tugasan seharian.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button