DuniaKerohanian

Zeena Ali, polis berhijab pertama di New Zealand

Islam mekar di New Zealand

NEW ZEALAND :  Peristiwa serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand telah mengubah persepsi tentang Islam di negara itu.

Malah dipimpin oleh Perdana Menteri, Jacinda Arden, New Zealand dilihat sebagai sebuah negara mesra Islam.

Kesan tragedi berdarah itu juga turut menimpa sektor keselamatan negara apabila tercetusnya perubahan merekrut wanita Islam di dalam pasukan polis negara itu.

Pada pertengahan bulan lalu, New Zealand telah mengambil seorang wanita berhijab ke dalam angkatan polis mereka buat kali pertama dengan harapan menggalakkan wanita Muslim untuk menyertai pasukan itu.

Sebuah gambar menunjukan Zeena Ali berhijab dipaparkan di laman rasmi instagram polis New Zealand- @newzealandpolice

Zeena Ali, muncul anggota polis pertama yang memakai hijab bersama baju seragam polis.

Kata Zeena, “Ia rasa hebat dapat menunjukkan Polis New Zealand baju seragam berhijab ini sebab saya dapat melihat proses pembuatannya.

“Apabila saya saya hendak berenang, saya boleh pakai baju mandi lengan panjang.”

Sebelum itu, pada lewat tahun 2018, polis New Zealand pernah mencadangkan ubah suaian hijab kepada baju seragam polis atas permintaan kakitangan.

Konstabel Ali antaranya telah diajak turut serta dalam perubahan pakaian seragam  bagi anggota yang berhijab.

Ali dilahirkan di Fiji dan membesar di New Zealand. Beliau membuat keputusan untuk menyertai pasukan polis selepas kejadian serangan masjid di Christchurch, katanya kepada New Zealand Herald.

Katanya, “Semasa saya sedang berlatih sebagai polis, serangan di Christchurch itu berlaku. Kalau saya dapat jadi seorang konstabel sepenuhnya, saya akan tolong mangsa serta ahli keluarga mangsa serangan tersebut.”

Adanya hijab khas berjenama polis bermaksud kaum wanita yang mungkin tidak terfikir untuk menyertai kerja polis boleh buat sekarang. Polis buat cara baik menggabungkan agama dan budaya saya.”

Zeena Ali, polis wanita pertama di New Zealand memakai hijab.- REID, Jillian

Berdasarkan laporan pergerakan aktivis Global Citizen, kebanyakan anggota polis datang dari pelbagai kaum budaya di New Zealand.

Seperti Perancis, beberapa negara Barat menentang pemakaian hijab dan cuba melarangnya.

Namun sekarang beberapa negara menggalakkan untuk berhijab.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button