WHO lulus pemberian vaksin malaria kepada kanak-kanak
GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi kelulusan terhadap pemberian vaksin jenis vaksin RTS, S/AS0.
Vaksin tersebut adalah yang pertama kali digunakan untuk mencegah penyakit malaria.
Penyebaran penyakit melalui nyamuk itu telah meragut lebih 400,000 nyawa setiap tahun, khususnya dalam golongan kanak-kanak di Afrika.
Keputusan itu dibuat susulan program rintis yang dilaksanakan di Ghana, Kenya, dan sejak 2019 dan mencatatkan sehingga lebih daripada dua juta dos diberikan, yang kali pertama dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal GSK pada 1987.
Selepas meneliti hasil kajian daripada ketiga-tiga negara berkenaan, WHO ‘mengesyorkan penggunaan secara meluas vaksin malaria pertama di dunia’,
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan berkata, penggunaan vaksin itu secara meluas digalakkan dalam kalangan kanak-kanak di negara sub-Sahara Afrika dan wilayah lain dengan penularan malaria pada tahap sederhana hingga tinggi.
Dalam pada itu, terdapat banyak vaksin dikeluarkan bagi menangani virus dan bakteria, tetapi buat julung kalinya WHO mengesyorkan penggunaan vaksin berkenaan secara luas terhadap parasit manusia.
Oleh Hafeez Anuar