NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam berkata negara yang bergelut dengan peningkatan jangkitan COVID-19 boleh memendekkan tempoh kuarantin.
Sebelum ini, tempoh yang disyorkan adalah selama 14 hari mengikut keadaan tertentu.
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, garis panduan baharu mungkin berguna untuk kawasan di mana perkhidmatan pentingnya berada di bawah tekanan.
Contohnya, kata WHO, kuarantin boleh dipendekkan kepada 10 hari tanpa ujian dan tujuh hari jika ujian negatif.
Dengan syarat individu itu tidak mengalami sebarang gejala.
WHO juga berkata, negara boleh mempertimbangkan melonggarkan langkah pengesanan kontak rapat mereka dalam keadaan yang sama.
Beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Switzerland sudah memendekkan tempoh kuarantin dalam menghadapi gelombang jangkitan coronavirus varian Omicron yang semakin pantas dan mudah merebak. – REUTERS
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today