DuniaKesihatanSemasa

WHO gesa tingkat pemantauan virus cacar monyet

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

GENEVA : Setakat ini, kira-kira 200 kes dikesan dan 100 lagi disyaki jangkitan cacar monyet yang didapati di luar daripada negara yang lazimnya mengalami penularan penyakit itu.

Perkembangan yang membimbangkan itu telah dimaklumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu semalam, malah menggesa negara serata dunia untuk meningkatkan pengawasan serta pemantauan terhadap ancaman jangkitan virus berkenaan.

Pakar epidemiologi kanan WHO, Maria Van Kerkhove berkata, usaha itu sangat penting kerana penyebaran virus cacar monyet boleh dibendung di negara bukan endemik.

Menurutnya lagi, lebih 20 negara telah dikesan kes cacar monyet yang penyakit berkenaan bukan endemik dan bilangannya dijangka meningkat.

“Kami menjangkakan pengesanan lebih banyak kes lagi, justeru negara di serata dunia diminta meningkatkan pengawasan serta pemantauan.

“Keadaan ini boleh dibendung. Ia akan sukar, namun keadaan ini boleh dikenang di negara bukan endemik,” katanya pada satu taklimat secara dalam talian.

Di beberapa negara Afrika seperti Cameroon, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo dan Nigeria merupakan endemik bagi virus cacar monyet.

Namun sejak kebelakangan ini, virus ini semakin meningkat di negara-negara bukan endemik yang mencetuskan kebimbangan.

Pada peringkat global kadar kematian penyakit itu dikatakan kira-kira satu peratus.

-Agensi

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button