KerohanianSemasa

Drama bersiri Ertugrul, pikat hati wanita Amerika Syarikat mengucap kalimah syahadah

Memilih Islam pada usia 60 tahun

WISCONSIN : Gara-gara menonton drama bersiri dari Turki – Resurrection: Ertugrul di Netflix, Seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) yang berumur 60 tahun memilih untuk memeluk Islam setelah menonton  drama bersiri Turki yang bertajuk Resurrection: Ertugrul di Netflix.

Memilih nama Khadijah sempena nama isteri Nabi Muhammad SAW, Khadijah, yang kini menginjak usia 60 tahun, menerangkan beliau amat tertarik dengan kandungan cerita berkenaan yang tidak pernah diketahui beliau selama ini.

“Saya tertarik dengannya setelah menonton beberapa episod drama Ertugrul, ia menceritakan tentang sejarah yang tidak saya ketahui. Saya mengetahui mengenai Tuhan, Islam, perdamaian, keadilan dan membantu mereka yang tertindas, atau nilai kemanusiaan yang menyebabkan saya terus terikat dengan episod-episod seterusnya mengenai drama bersiri itu.”

Dia yang memilih nama Khadija sebagai nama Islamnya menyatakan bahawa dia terinspirasi dan memilih Islam setelah menonton Resurrection: Ertugrul, salah satu siri popular di Turki secara tidak sengaja.

Resurrection: Ertugrul menceritakan kisah sebelum penubuhan Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-13 Anatolia, menggambarkan perjuangan Ertugrul Gazi, pemimpin pertama kerajaan itu.

Menceritakan kepada Anadolu Agency, pada awal hatinya terpaut dengan drama bersiri itu, Khadijah menjelaskan beliau melakukan carian di Netflix.
“Saya suka mempelajari sejarah, dan setelah menyelidik makkumat lebih mendalam saya terus menonton. Setelah habis menonton episod keempat, saya menonton kali kelima, sedikit lagi carian di internet dan saya mempelajari lebih lanjut watak yang berada di dalam drama itu serta Islam.”Paling dia tertarik ialah watak dan dialog Muhyiddin Ibn Arabi yang sangat memberi makna baharu kepada hidupnya.

Ada dialog-dialog karakter itu yang membuatkan dia banyak berfikir dan terkadang kala  menangis.

“Ia membuka mata saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam”

Keinginan yang terlalu mendalam lantas mengheret Khadijah mencari Quran dan membaca terjemahan, sehinggalah beliau memutuskan sudah tiba untuk beliau memilih Islam.

Beliau kemudian mencari masjid yang berdekatan, dan perasaannya terus meluap-luap untuk menjadi seorang Islam – sehinggalah beliau melafazkan Syahdah sebagai pengIslamannya.

Tanpa menyatakan nama asalnya, Khadijah kini selesa mengenakan hijab.

Ibu kepada enam orang anak yang dahulunya adalah seorang penganut Katolik, meraikan perbezaan yang berlaku dalam keluarganya.

Bagaimanpun, Khadijah berdepan satu lagi cabaran setelah bergelar Muslim apabila apabila rakan-rakan rapatnya kini menjauhkan diri daripada beliau.

Ada juga yang memandang serong dan memberi pandangan negatif,  namun Khadijah berkata mengapa perlu beliau mengambil endah pandangan orang, sebaliknya dia tekad dan bulat dengan keputusannya.

Menyimpan impian menziarahi Turki,  ini pesanan Khadijah buat dirinya.

“Saya berterima kasih kepada Allah setiap hari. Saya bersyukur kepadaNya yang memberi saya satu peluang lagi dalam hidup. Manusia tidak sedar betapa pendeknya masa berlalu.  Pesanan saya kepada semua jangan bazirkan masa yang ada  dengan melakukan perkara yang tidak memanfaatkan kita. Hidup ini bukan mengenai baju yang kita pakai, kereta apa yang kita pandu. Perhati keliling dan selaminya.”

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button