Semasa

Waspada varian Covid-19 jenis Delta !

Mudah merebak seperti cacar air

WASHINGTON : Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengeluarkan kenyataan bahawa virus Covid-19 jenis Delta lebih mudah merebak sama seperti cacar air dan mampu mengakibatkan penyakit yang lebih serius.

Dalam laporan The New York Times Jumaat lalu,  Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan bahawa terdapat “kemungkinan besar” garis panduan atau sekatan baharu akan dikenakan sebagai tindak balas terhadap peningkatan semula kes Covid-19.

Manakala, di China, pihak berkuasa kesihatan memberitahu terdapat lonjakan dalam jangkitan Covid-19 di negara tersebut dalam tempoh beberapa bulan ini dengan sekurang-kurangnya 200 kes melibatkan varian Delta di sekitar Nanjing, Sabtu lalu.

Mengulas lanjut kenyataan dari Amerika Syarikat, data yang dikeluarkan CDC menunjukkan bahawa vaskin berkesan melindungi pesakit daripada lebih serius dan mampu mengurangkan kadar kemasukan ke hospital sekaligus jumlah kematian turut berkurang.

Sebelum ini, varian Delta yang pertama dilaporkan di India, lebih mudah tersebar berbanding virus biasa seperti MERS, SARS, Ebola, selesema biasa dan cacar air.

Pengarah CDC, Rochelle Walensky berkata merujuk pada kajian terkini individu yang dijangkiti varian jenis Delta membawa sejumlah besar virus di hidung dan tekak.

-AL -JAZEERA

Diterjemah oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button